About Course
JavaScript pada asalnya digunakan hanya untuk pelayar web seperti Internet Explorer, Chrome & Firefox. Namun, disebabkan beberapa kelebihannya, ramai yang ingin tahu, adakah ia juga sesuai digunakan untuk perkara lain juga? Bolehkah ia digunakan untuk membina aplikasi?
Banyak eksperimen telah dibuat, ternyata JavaScript sangat sesuai digunakan untuk membina aplikasi. Aplikasi web yang dibina menggunakan JavaScript mempunyai potensi dan prestasi kelajuan yang lebih baik berbanding menggunakan PHP, yang pada masa itu sangat popular.
Pada mulanya, untuk menggunakan JavaScript, anda perlu mengguna pelayar web. Kemudian, satu alat telah dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebet, iaitu NodeJs. NodeJs merupakan satu persekitaran khas yang membenarkan anda menggunakan JavaScript tanpa pelayar web.
Sejak kemunculan NodeJs, banyak syarikat sudah mula menggunakannya dan semakin hari ia semakin popular.
Antara syarikat-syarikat gergasi yang menggunakan NodeJs
- Netflix
- Uber
- PayPal
- eBay
- Medium
- Groupon
- Mozilla
- AirBnb

Mengenai Kursus Pembangunan API Menggunakan ElysiaJs (Bun)
Kursus ini bertujuan untuk memberikan anda kemahiran untuk membangunkan API (Application Programming Interface) anda sendiri. API merupakan perantara antara aplikasi yang digunakan pengguna (client application) dengan sistem yang menguruskan pengkalan data (backend system)

Ia merupakan satu bahagian daripada pembangunan sistem yang amat penting untuk membolehkan pengguna mengakses data daripada pengkalan data dengan mudah.
Malah sekarang, teks dan gambar yang anda senda lihat ini merupakan data yang disimpan dalam pengkalan data, dan anda hanya boleh mengakses data tersebut menggunakan pelayar web yang semestinya menggunakan beberapa jenis API untuk tujuan tersebut.
Kepentingan Membangunkan API Yang Laju, Stabil & Selamat
API yang dibina mestilah mempunyai kebolehan untuk menyempurnakan tugasnya sebagai perantara yang berkualiti. Apabila API mempunyai masalah, aplikasi pengguna yang bergantung kepada API tersebut akan tidak dapat digunakan, walau secanggih mana pun aplikasi mobile atau laman web yang dibina.
Ia ibarat tulang belakang kepada pembangunan aplikasi. Tanpanya, aplikasi pengguna tidak akan dapat berkomunikasi dengan baik dengan pengkalan data.
Ada beberapa ciri yang pembangunan API yang bagus:
- Berkelajuan tinggi
- Selamat dari kebocoran data dan pencerobohan
- Mampu menangani permintaan dan trafik yang tinggi
- Senang diuji dan ditambah baik
- Stabil dan murah diuruskan
Pembangunan API menggunakan Elysia
Untuk membangunkan API, anda boleh menggunakan alat seperti Express.js, Django, Laravel, ASP.NET, Ruby on Rails, dan banyak lagi.
Namun, kali ini, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan Elysia, satu rangka kerja API yang menggunakan Bun. Ia merupakan antara rangka kerja kesukaan saya, kerana menggunakannya, anda boleh membina sistem API yang berkualiti dan berprestasi tinggi dengan mudah.
Antara yang akan dikongsikan adalah:
- Pembangunan API secara lengkap, dari perangkaan, pengaturcaraan dan pelancaran sistem ke server / cloud.
- Membina kerangka API yang mudah diuji dan dikembangkan
- Mendokumentasikan API agar boleh digunakan pihak ke-3, seperti pembangun aplikasi mobil atau web yang bakal menggunakan API tersebut.
Bun vs NodeJs
Saya sudah menggunakan NodeJs sejak 2016 lagi, namun mulai tahun ini (2023),saya sudah mula beransur kepada menggunakan Bun. Ia, ia masih baru, tetapi Bun menyelesaikan banyak isu-isu yang dimiliki NodeJs, dan ia mempunyai prestasi yang lebih laju dari NodeJs. Setelah beberapa bulan mencuba Bun untuk produksi, saya yakin Bun akan mula menggantikan NodeJs sedikit demi sedikit.
Setelah usaha memindahkan beberapa projek kepada Bun, dan menguji prestasi antara Bun dan NodeJs, saya sudah tidak lagi menggunakan NodeJs.
Mengapa Elysia
Ada beberapa pilihan rangka kerja yang boleh digunakan untuk membangunkan API menggunakan Bun, seperti Hono dan Elysia. Saya tidak berkesempatan menguji Hono, namun setelah beberapa bulan saya menguji Elysia, saya cukup yakin dengan kemampuannya untuk membina sistem API yang mantap.
Kursus ini merupakan kursus yang mendalam. Ia bukan setakat teori yang biasanya anda boleh belajar dari Youtube atau Udemy. Anda boleh memanfaatkan pengalaman saya untuk membina API bertaraf enterprise, yang boleh menampung permintaan ratusan ribu trafik pada masa yang sama.
Kebanyakan kursus asas di luar sana, hanya mengajar asas bagaimana untuk membina API. Anda masih perlu mencuba membina aplikasi anda sendiri, dan membuat banyak kajian dan pembelajaran sendiri.
Saya juga seperti anda dulu, melanggan hampir semua kursus yang ada, namun terus-terang saya katakan, apa yang diajar hanyalah sekitar 5-10% sahaja daripada apa yang anda perlukan untuk menjadi pengaturcara yang berkualiti.
Anda masih perlu berusaha untuk mencukupkan ilmu-ilmu lain dengan rajin membaca dokumentasi dan cuba membina aplikasi anda sendiri, dan ia boleh memakan masa sehingga bertahun-tahun. Malah, sudah ada yang sudah belajar dan bekerja sebagai pengaturcara bertahun-tahun, tapi masih belum lagi mampu membina API yang berkualiti tinggi.
Belajar Melalui Projek
Kita akan membina satu API yang lengkap dengan dokumentasi, serta akan dilancarkan kepada umum. API ini akan dikongsi kepada awam, dan orang ramai boleh menggunakan API yang kita bina untuk digunakan dalam aplikasi mereka sendiri.
Ia merupakan satu projek yang kompleks, dan bukan seringkas aplikasi nota harian yang biasa digunakan dalam kursus lain. API yang telah dibina juga akan digunakan untuk kursus pembangunan laman web dan aplikasi mobil nanti.
FAQ
Metod Pembelajaran
Metod pembelajaran utama adalah melalui rakaman video, yang akan dimuat naik setiap minggu. Sesi diskusi dan pertanyaan adalah digalakkan, dan metod diskusi adalah menggunakan platform e-learning ini, atau menggunakan Discord.
Tempoh Pembelajaran
Jangka masa untuk menyempurnakan kursus ini adalah sekitar 3 bulan. Video pertama akan dilancarkan pada 15 Feb 2023, dan video seterusnya akan diupload sedikit demi sedikit (sekitar 2-3 video) seminggu, sehinggalah projek ini berjaya disiapkan dan dilancarkan.
Akses Pembelajaran
Anda akan mempunyai akses kepada video, source code, dan latihan-latihan yang diberikan selama-lamanya.
